Mengapa Manchester United, mengapa.

Pada petang yang damai hari ini, saya pergi membeli roti nan cheese dan ayam tandoori. Bungkus. Ketika menunggu makanan tiba, saya terpandang seorang lelaki yang memakai jersi Manchester United. Barulah saya teringat rupanya sebentar lagi ada sebuah perlawanan bolasepak.


Saya tidak terlalu teruja untuk menonton perlawanan ini kerana hari ini Manchester United akan bermain di Anfield. Semua umat manusia sudah sedia maklum bagaimana mereka akan bermain ketika di Anfield.

Setibanya di rumah, saya menghidupkan televisyen dan tekaan saya tepat sekali.

Banganggggggggggggggggggg.

90 minit ko main tapi sebiji je percubaan tepat. Lukaku tu malu la sikit dengan Adrien Jurad Chamrong. Dia baling bola pun masuk gol.

Advertisements

Bersepeda ke kantor

Sabtu lepas aku membawa keluarga iparku keluar untuk meninjau-ninjau motor. Abang iparku mahu membeli motorsikal baru yang akan digunapakai untuk ulang-alik kerja. Motor yang dia pakai sekarang sudah digunakan sejak zaman belajar lagi. 

Aku menyambut baik keinginannya untuk membeli motorsikal baru. Sebagai pengguna motor yang berulang-alik ke pejabat setiap hari, aku memiliki sebuah kebebasan yang tidak ada pada pemandu kereta. Ya, ada buruk dan baiknya namun aku lebih selesa menggunakan motor. Aku tidak mahu tersekat di atas jalanraya ketika jalan sesak. Aku mahu sampai rumah dengan waktu yang telah ditetapkan oleh akal fikiranku. Jika menaiki kereta, aku mungkin tersekat kerana banyak situasi yang mungkin timbul. Abaikan hujan kerana aku suka meredah hujan. Ketika meredah hujan, ketika waktu itulah aku terasa diriku lebih dekat dengan alam semesta.

Berbalik kepada cerita abang iparku yang mahu mencari motor, aku membawanya ke Serdang. Di Serdang ada banyak kedai motor yang menyediakan pilihan yang luas. Kami singgah dan bertanyakan harga, perihal, dan keberadaan motor mengikut model-model yang ada. Namun aku hanya mencadangkan dua jenis model kepada abang iparku. 135LC atau Honda Dream. Dua motor yang hangat di mata mat rempit yang gemar mencuri.

(Mungkin lain kali aku boleh menceritakan pengalamanku tentang motor yang dicuri mat rempit dan ketangkasan polis mencari pelakunya.)

Namun ada kejadian pelik yang berlaku pada hari itu. Isteriku mahu aku membeli motor vespa! Entah apa yang bermain di fikirannya sehingga mahu aku membeli vespa. Aku hanya mampu mengucap di dalam hati sambil berkira-kira ada berapa bulan lagi motorku akan habis dibayar.

Habis meninjau motor, kami cari makanan. Sedap juga makan satey sambil berfikir model motor apa yang mahu dibeli.

Bawa ke atas, PNM2017.

Aku baru sahaja mendaftarkan diri untuk Putrajaya Night Marathon. Jika dikira mengikut hari, aku ada 33 hari untuk mempersiapkan diri untuk lari 21km. Aku sudah lupa bilakah kali terakhir aku berlari  21km. Pernah aku daftar 42km tapi dengan latihan yang terlalu padat dan meletihkan diri, aku tumbang dan terpaksa melupakan hasrat itu.

Baik, petang ni aku harus lari 7km!

Semoga dipermudahkan.