Run Fatboy Run


Semenjak aku berputus asa dengan sukan bolasepak, aku menunggu waktu terbaik untuk kembali aktif. Kecederaan yang aku alami bukan ringan. Ibrahimovic jika diserang seperti yang aku alami, pasti  merangkak seumur hidup. Setelah pulih dan berkemampuan, aku memilih sukan yang selamat dan menjanjikan hasil optimum. Berlari dan berbasikal. 

Namun aku terpaksa menghentikan aksi berbasikal buat sementara waktu atas perkara-perkara yang tidak dapat disebut di sini. Bak kata James Bond, “it’s classified.”

Sepanjang aku kembali berlari, ada banyak perkara pahit dan manis. Kesemuanya aku adun menjadi sebuah pengalaman buat mengisi dadaku yang sudah sedia berilmu.

Biarlah aku bercerita satu peristiwa yang aku alami minggu lepas. Ketika itu aku sedang asyik berlari di dalam gerimis petang hari dan segala permasalahan yang aku alami di pejabat, aku sirnakan dari benak pemikiranku. Seutas demi seutas benang saraf di otak yang berselirat, aku leraikan dengan setiap meter aspal yang aku langkah. Begitu tenang jiwa, begitu lapang dadaku di waktu itu. Benarlah kata orang, jika kepalamu kusut, larilah. 

Ketika sedang melintasi sebuah rumah yang dijadikan pusat asuhan, dari jauh aku sudah melihat kanak-kanak berkumpul di perkarangan rumah. Mereka sedang bergurau senda dan ketawa riang, alangkah mudah hidup anak-anak ini fikirku. Semasa melintas di hadapan rumah itu, aku mendengar seorang budak berkata kepada kawannya,

“Kau nanti dah besar jadi macam tu la, kepala botak.” Kemudian mereka ketawa beramai-ramai.

Terpaksa aku buat-buat tak dengar.

Advertisements

Hari ini kita boleh membeli rambut palsu Donald Trump di internet. Kita hidup di zaman yang aman dan sentosa.

Kadangkala aku akan terlintas untuk menulis sesuatu, namun aku sedang berbuat something dan menangguhkan hasrat tersebut. Kemudian aku akan lupa untuk menulis apa.

Kadangkala aku akan mencatit apa yang aku mahu tulis. Namun apakan daya sampai sahaja di rumah PS4 sudah menunggu.

Sudah sampai masanya aku kembali ke masa silam dan hidup sezaman dengan Karl Marx. Mungkin jika aku hidup pada zaman itu dunia pada masa ini tiada sengketa dan makmur sejahtera. Akan aku patahkan falsafah beliau dengan mata penaku yang tidak pernah penat menari.

Turunkan senjata lunturkan ego dan akurlah pada Donald Trump, penduduk bumi.