Selamat jalan satria sastera Shahnon Ahmad

Setiap kali aku menunggang motor di atas jalan lurus yang panjang, aku akan mengelamun dan berfikir tentang masa silam dan perkara yang telah terjadi di dalam hidupku. Di dalam benakku, bermain perkara lalu yang akan mencuit hati, mengingatkan aku peristiwa manis dan mengguris hati. Pada masa itu, ketika aku menunggang motor itu, di atas jalan lurus itu, aku sudah bersedia untuk menulis sesuatu di laman ini.

Sayang sekali kesemua huruf itu hilang sebaik sahaja aku mematikan enjin dan menjatuhkan tongkat motor.

Advertisements

Flora kehidupan

Sabtu lepas adalah ulangtahun perkahwinan kami yang pertama. Rumahtangga yang telah dibina ini banyak mematangkan aku dari pelbagai sudut, baik yang dapat dijangkau oleh akal fikiran atau tidak.

Aku telah belajar betapa pahitnya dibebel sebaik sahaja mencampak baju merata-rata, juga merasa bunyi yang berdesing di hujung telinga jika tidak menyidai tuala selepas mandi. Itu belum masuk potong kuku depan TV. Oh isteriku!

Aku masih teringat saat kali pertama berjumpa dengannya. Kami makan sushi dan begitu banyak perkara yang dibincangkan. Dari sejarah China ketika era Perang 7 Wilayah sehinggalah ke isu kecil seperti panggilan palsu yang cuba memerangkap dan menipu duit orang. Aku hanya mampu tergelak apabila dia dimarahi orang yang gagal menipunya. Sejak dari itu kami semakin akrab dan hari ini, sudah setahun hidup bersama.

Diharap tanggungjawab ini dapat aku pikul dengan baik dan semoga Tuhan mengiringi setiap perjalanan hidup kami. Bak kata pepatah,

Till jannah.