Secebis kenangan di perbatasan dan memahami erti gagalis

Global Event bakal melabuhkan tirai. Sebagai petani yang rajin bercucuk tanam, semuanya tertumpu hanya pada satu perbatasan, Clear Sky. Mengikut waktu Eropah Tengah, Global Event akan tertutup secara rasmi pada jam 12 tengahari. Jam 8 malam jika di Malaysia ibu pertiwiku.

Hanya tinggal 6 minit sebelum jam 8 malam, bolehkah aku melonjakkan diri setaraf dengan perisik-perisik Division di luar sana?

Selepas melakukan suaipadan, aku ditempatkan satu pasukan dengan pemain-pemain yang jika mengikut namanya, berasal dari Jepun. Ohaiyokozaimas!

Baik, hanya tinggal 5 minit dan 49 saat, ayuh bekerja!

Halangan pertama berjaya ditempuh dengan pantas. Enteng sahaja. Bunuh dan ambil dua biji bom, dan letupkan kontena.

Masa untuk mengangkat kotak suis dan menghidupkan tenaga elektrik. Ada dua kotak. Di sini pasukan kami bekerja dengan sangat mantap, persefahaman berada di tahap tertinggi. Ibarat gandingan Bebeto dan Romario.

Selepas berjaya membunuh penjahat dan meletakkan kotak suis, masa untuk mematikan sistem pertahanan mereka dan mengumpan ketua penjahat keluar. Seni Perang Sun Tzu nombor 57,

‘Pisahkan kepala ketua armada dari badannya, seluruh semangat pasukan akan jatuh.’

Di waktu genting begini, salah seorang dari kami mati dibunuh dan berputus asa. Katsuo telah menghampakan kami dengan aksinya yang lari dari medan perang dengan mematikan PS4. Katsuo tidak percaya dengan kuasa sakti yang terpendam di setiap individu. Katsuo telah rage quit.

“We can move a mountain Katsuo! Just believe!” Teriakku kepada seluruh pasukan yang moral mula menurun. Sekarang hanya tinggal aku, Taka Aki dan Ken Rosso.

Melihat kepada pertahanan ketua penjahat, aku cuba membunuhnya dengan berlari ke belakang, namun dia berpaling ke arahku dan menembak balas. Taka Aki dan Ken Rosso harus menggunakan peluang ini untuk menembak dari belakang!

Sebagai insan yang lemah dan selalu khilaf, aku gugur di hadapan Slider, ketua penjahat. Namun dengan semangat setiakawan dan keyakinan, aku merangkak ke arah pasukan dan bangkit semula.

Masa tinggal kira-kira 2 minit.

Selepas bangkit, pertempuran berlanjutan. Ketika ini Taka Aki sudahpun gugur dan masih menunggu keajaiban tercipta. Apa yang penting dia tidak berputus asa seperti Katsuo!

Masa tinggal 58 saat.

Entah bagaimana, aku berjaya berlari ke belakang Slider, dan menembak kotak peluru yang dibawanya.

“You can do itttttt!” Jerit Ken Rosso kepadaku.

Plepak plepak plepakkkk! Bunyi kotak peluru Slider pecah ditembakku.

Masa tinggal 35 saat.

Slider TIDAK BERJAYA dibunuh walaupun kotak pelurunya berjaya dipecahkan aku. Ken Rosso menggunakan magisnya untuk membangkitkan aku yang jatuh cedera. Kami berdua melawan segerombolan penjenayah dan ketuanya yang hampir mati.

Masa tinggal 22 saat.

Thommmppbbbppp!

Satu letupan mortar menjatuhkan kami berdua. Kami gugur sebelah menyebelah. Ken Rosso menjerit menahan sakit, aku tenang menahan pedih kegagalan.

Aku cuba menaikkan moral pasukan dengan menggunakan peribahasa Afrika,

“Hakuna Matata everyone.”

Ken Rosso tidak dapat menerima kegagalan yang terlalu hampir di ambang kejayaan. Beliau dengan pantas meninggalkan aku dan Taka Aki.

Maka tamatlah Global Event kali ini. Barulah kami mengerti perasaan seorang gagalis.

Aku mengucapkan sepotong ayat kepada Taka Aki sebelum berpisah,

“May your journey always lead you home, Taka Aki. I wish you nothing but goodluck.”

“Sayonara,” balas Taka Aki.

Advertisements

Pesanan petang

Assalamualaikum dan selamat hari selasa buat semua pembaca yang hadhari sekalian.

Hari ini adalah sebuah hari yang sedih. Bilamana saya membuka lembaran laman sosial, saya terpandang perkara yang tidak elok. Saya melihat ramai yang seperti sudah terlupa akan sebuah fitrah. Atau mungkin mereka terlepas pandang, barangkali.

Begini, setiap yang bernafas akan menemui ajalnya. Begitu juga setiap kejadian ada pengakhirannya. Mahupun yang baik, atau yang tidak baik. Semuanya akan berakhir. Pendek kata, akhirat jugalah kekal abadi.

Jadi tuan-puan, sudah menjadi fitrah, sudah menjadi ketentuan, bahawa setiap ciptaan akan berakhir dan menuju kehancuran. Ini kita jangan lupa. Tolong, saya minta tolong.

Jangan.

Kita.

Lupa.

Namun saya cukup sedih hari ini, bila saya meihat ramai orang seakan terlupa. Ya tuan-puan, Liverpool juga akan berakhir. Kemenangan demi kemenangan yang mereka kecapi pasti berakhir.

Apa yang terjadi malam tadi adalah fitrah. Fitrah kepada sebuah kejadian.

Assalamualaikum.

We’ve got Salah! Ooo Mane Mane! Bobby Fir-mi-nooooo!

Berbeza dengan joging atau lari yang memerlukan usaha dan disiplin tinggi, bolasepak hadir di dalam hidup kita untuk memberikan keseronokan dan tragedi. Kita semua perlukan trauma, debaran, harapan, seksaan dan kepuasan untuk menikmati satu perasaan yang terbit dari lubuk sanubari. Pendek kata, bolasepak. Akan. Memberi 1001 rasa.

Bercakap tentang bolasepak, saya baru sahaja menonton bola antara Liverpool dan sebuah kelab dari Manchester yang tidak bermain parking bas.

Seronok melihat kedua kelab ini saling menyerang antara satu sama lain. Serangan bertali arus yang dilawan dengan pertahanan padat dan kemudian berganti dengan serangan balas pantas adalah kenikmatan untuk kita sebagai penyokong.

Di dalam perlawanan ini dapat kita lihat sedikit kesilapan pasti dihukum dengan cepat. Lovren yang terpaksa berhempas-pulas menunjukkan dia adalah pertahanan terbaik telah dihukum oleh gandingan serangan kelab Manchester ini tadi sekaligus mendatangkan cemas di hati saya. Karius yang tidak meletakkan posisi tangannya dengan betul juga dihukum di tepi sudut gawang. Tapi tidak mengapa, ini semua hanyalah aksi pemain Liverpool untuk meminta makian. Lepas kena maki, eloklah dia.

Mujurlah gandingan Mane, Salah dan Firmino meredakan sedikit gundah dan semuanya berakhir selepas pengadil meniup wisel. Fuh!

Terima kasih Liverpool. Terima kasih Manchester sebenar. Terima kasih untuk perasaan ini yang penyokong kelab parking bas tidak akan faham.

Terimakasey!