Beradu

Tahu tak tadi? Masa I pergi bla bla bla bla.

Oh ya? Okay. Jawabku.

Sayang, sedih kan kisah baby mati tu? Tadi bla bla bla bla.

Tu la pasal.

Esok I nak kena pergi bank, bla bla bla bla.

Okay, baik-baik.

Boss I tak ada esok, bolehlah keluar makan jauh sikit. Bla bla bla bla.

Allright, makan sedap-sedap ya.

Mendengar isteri berceloteh adalah hobiku sebelum tidur. Aku akan mendengar sehinggalah dia berkata,

“I rasa kena berhenti bercakap sekarang.”

Dan dia akan tertidur tidak sampai 10 saat selepas berhenti bercakap.

Selepas dia tidur, barulah aku boleh tidur.