Jangan Benci Rambutku

Tempohari aku ke Jusco untuk membeli sebuah peralatan elektrik. Telah lama aku berfikir untuk membeli alat ini. Aku pun tidak tahu mengapa aku masih tidak membelinya.

Sampai ke Jusco, aku meletakkan motorsikal dengan penuh waspada. Cara menurunkan tongkat yang aku lakukan penuh teratur dan mampan, sesuai dengan diriku yang sering berfikir panjang.

Setelah melakukan tinjauan, aku berkenan untuk membeli satu model pengering rambut ini. Aku ambil dan membawanya ke kaunter bayaran. Cuma, yang membuatkan aku tersinggung, mengapa penjaga kaunter itu melihat kepalaku yang botak dan kemudian melihat kotak pengering rambut? Kemudian diulang melihat kepalaku kembali?

Kepala botak tak boleh beli pengering rambut?