Di antara 10 sehingga 11 malam, aku akan memasukkan 9 ekor anak bulus ke dalam bilik mereka. Ini penting demi memastikan kualiti tidur dua orang manusia tidak terjejas, dan untuk Millie pergi ke seluruh penjuru rumah mengikut gerak hatinya.
Millie adalah kucing pertama rumah ini dan layak mendapat keistimewaan.
Di antara 9 ekor yang perlu dimasukkan ke dalam, Tomyam adalah yang paling sukar ditangkap. Dia akan berlarian bersembunyi di celahan langsir, bawah meja, dan tepi almari.
Namun pekerjaan mencari Tomyam menjadi mudah setelah adanya Woopsie, seekor kucing cilik yang nakal.
Dia akan berlari bersama-sama Tomyam. Ke mana sahaja Tomyam berlari dan bersembunyi, aku akan tahu.
Woopsie sentiasa mengejar Tomyam dan seolah berkata, “pasepa kalut sangat sembunyi tu?”

