Berdiri

Sebuah kisah lama datang kembali menjengah ingatan, berputar halus di ruang kenangan, dan senyum kecil terukir di bibirku. Tersenyum mengingati bahawa aku pernah muda.

Muda bebas melangkah walaupun tanpa tujuan. Saat itu aku belum tahu ke mana hendak dibawa hidup ini. Anehnya, aku merindui rasa itu. Rasa tidak terikat, tidak dibebani tanggungjawab selain menjaga diri sendiri.

Kisah lama itu tadi tidak mendatangkan duka. Ia hanya mengajar untuk tersenyum menerima ketentuan Tuhan. Setiap manusia berjalan di lorong yang berbeza, menyusuri cabang hidup masing-masing.

Walau berdarah, tetaplah kuat untuk berdiri hari esok.

Leave a comment