Surat terbuka untuk KFC

Di waktu wabak berleluasa, orang tidak akan turun ke jalanan dan membuat rusuh. Kami rela menahan pedih dan menunda kematian dengan duduk di rumah. Tapi awas ya, sehabisnya semua ini, kami pasti akan turun! Itu janji.

Tidak, kami tidak akan turun kerana penguasa menindas kami. Kami tidak peduli mereka berkongsi hasil bumi bersama keturunan kayangan dan menjualnya sewenang hati. Kami juga tidak peduli dengan syarikat besar menjahanamkan alam dan merosak hutan. Kami tidak peduli itu semua. Kami sudah bosan dan lali. Teruskan niat kalian menambah harta untuk menghiasi kubur kalian dengan nisan berlampu liplap.

Tapi tunggu, kami berpedoman dan berjanji akan turun ke jalanan nanti. Kerana apa? Kerana setiap kali membuat pesanan Colonel Burger, kami diminta menunggu 10-15 minit!