Shah Alam Backyard Trail

Pagi tadi selepas menghantar isteriku pergi kerja dengan pandangan, aku terus ke Shah Alam. Seksyen 8.

Aku park motor dan beritahu pengawal yang berhampiran untuk tolong tengok-tengokkan sementara aku masuk ke hutan.

Dia angkat tangan buat isyarat ibu jari.

Lepas tu aku masuk Shah Alam Backyard Trail berpandukan GPX yang aku dapat dari Khalil, dia kongsi di Twitter.

Untuk rekod, brader Khalil dah banyak kali masuk dan bersihkan laluan untuk memudahkan kita merentas hutan. Di sepanjang jalan juga ada penanda yang diikat di pokok. Juga ada penunjuk arah bila sampai simpang.

Oleh sebab aku masuk hutan seorang diri dan agak memandang rendah Shah Alam Backyard ni, jadi badan aku tak boleh nak pergi jauh. Malam tadi aku tak makan, sepatutnya aku makan dan bersedia fizikal dan mental untuk merentas hutan pagi ini.

Jadi aku pun buat jalan sendiri. Shah Alam Backyard – Bukit Sapu Tangan – Tasik Cermin – Taman Botani dan pulang semula ke motor.

Pada aku ada satu tempat yang agak sukar dan pacak baik punya. Masa nak naik ke Stesyen A. Berdegup kencang jantung. (Emoji kepala meletup)

Dan sebab aku masuk hari Selasa, tak berapa ramai sangat orang di Tasik Cermin. Aku rasa nak swafoto sambil baring pun ada tadi.

Kalau engkau semua ada rasa nak pergi dan cuba layan Shah Alam Backyard ni, bolehlah tengok pautan yang aku kepil di atas tadi. Boleh rujuk di situ.

Atau pun terusss PM tepi aku.