Kusut

Ada beberapa kekesalan yang sering menghimpit kembali ketika malam menjengah. Sesal ini membelit dan melingkar sanubari seperti tali jangkar tidak berjuragan di buritan kapal.

Semak.

Sesak.

Tapi aku sebagai lelaki, harus kekal berdiri.

Selepas berfikir beberapa ketika, aku akan sudahi dengan mengeluh kecil. Hanya Tuhan yang mendengarnya, atau seekor kucing yang sering tidur di tepi bantal bernama Puisi.

Sering aku tiupkan pada diri, cabaran begini yang akan membuat aku belajar dan terus asa dalam meniti hari mendatang.

Tuhan, terima kasih untuk kekuatan hari ini. Dan esok… adalah belenggu yang harus aku uraikan simpulannya.

Haaaaaaaih.

Leave a comment