“Kenapa dibunuh dengan kejam, anjing itu?”
Lalu dijawab seorang manusia.
Kerana dia membawa mudarat, Tuhanku.
Manusia itu tadi bertanya kembali kepada Sang Pencipta.
Bukankah yang memudaratkan boleh dibunuh?
“Yang dibunuh itu anjing yang jinak, mudah didekati. Dan dia tidak menggigit. Dia hanya lapar.”
—-
Kawan-kawanku yang dicipta dari tanah liat, apakah jawapan kita nanti, kepada Tuhan?