Setiap kali aku menunggang motor di atas jalan lurus yang panjang, aku akan mengelamun dan berfikir tentang masa silam dan perkara yang telah terjadi di dalam hidupku. Di dalam benakku, bermain perkara lalu yang akan mencuit hati, mengingatkan aku peristiwa manis dan mengguris hati. Pada masa itu, ketika aku menunggang motor itu, di atas jalan lurus itu, aku sudah bersedia untuk menulis sesuatu di laman ini.
Sayang sekali kesemua huruf itu hilang sebaik sahaja aku mematikan enjin dan menjatuhkan tongkat motor.