Secebis kenangan di perbatasan dan memahami erti gagalis

Global Event bakal melabuhkan tirai. Sebagai petani yang rajin bercucuk tanam, semuanya tertumpu hanya pada satu perbatasan, Clear Sky. Mengikut waktu Eropah Tengah, Global Event akan tertutup secara rasmi pada jam 12 tengahari. Jam 8 malam jika di Malaysia ibu pertiwiku.

Hanya tinggal 6 minit sebelum jam 8 malam, bolehkah aku melonjakkan diri setaraf dengan perisik-perisik Division di luar sana?

Selepas melakukan suaipadan, aku ditempatkan satu pasukan dengan pemain-pemain yang jika mengikut namanya, berasal dari Jepun. Ohaiyokozaimas!

Baik, hanya tinggal 5 minit dan 49 saat, ayuh bekerja!

Halangan pertama berjaya ditempuh dengan pantas. Enteng sahaja. Bunuh dan ambil dua biji bom, dan letupkan kontena.

Masa untuk mengangkat kotak suis dan menghidupkan tenaga elektrik. Ada dua kotak. Di sini pasukan kami bekerja dengan sangat mantap, persefahaman berada di tahap tertinggi. Ibarat gandingan Bebeto dan Romario.

Selepas berjaya membunuh penjahat dan meletakkan kotak suis, masa untuk mematikan sistem pertahanan mereka dan mengumpan ketua penjahat keluar. Seni Perang Sun Tzu nombor 57,

‘Pisahkan kepala ketua armada dari badannya, seluruh semangat pasukan akan jatuh.’

Di waktu genting begini, salah seorang dari kami mati dibunuh dan berputus asa. Katsuo telah menghampakan kami dengan aksinya yang lari dari medan perang dengan mematikan PS4. Katsuo tidak percaya dengan kuasa sakti yang terpendam di setiap individu. Katsuo telah rage quit.

“We can move a mountain Katsuo! Just believe!” Teriakku kepada seluruh pasukan yang moral mula menurun. Sekarang hanya tinggal aku, Taka Aki dan Ken Rosso.

Melihat kepada pertahanan ketua penjahat, aku cuba membunuhnya dengan berlari ke belakang, namun dia berpaling ke arahku dan menembak balas. Taka Aki dan Ken Rosso harus menggunakan peluang ini untuk menembak dari belakang!

Sebagai insan yang lemah dan selalu khilaf, aku gugur di hadapan Slider, ketua penjahat. Namun dengan semangat setiakawan dan keyakinan, aku merangkak ke arah pasukan dan bangkit semula.

Masa tinggal kira-kira 2 minit.

Selepas bangkit, pertempuran berlanjutan. Ketika ini Taka Aki sudahpun gugur dan masih menunggu keajaiban tercipta. Apa yang penting dia tidak berputus asa seperti Katsuo!

Masa tinggal 58 saat.

Entah bagaimana, aku berjaya berlari ke belakang Slider, dan menembak kotak peluru yang dibawanya.

“You can do itttttt!” Jerit Ken Rosso kepadaku.

Plepak plepak plepakkkk! Bunyi kotak peluru Slider pecah ditembakku.

Masa tinggal 35 saat.

Slider TIDAK BERJAYA dibunuh walaupun kotak pelurunya berjaya dipecahkan aku. Ken Rosso menggunakan magisnya untuk membangkitkan aku yang jatuh cedera. Kami berdua melawan segerombolan penjenayah dan ketuanya yang hampir mati.

Masa tinggal 22 saat.

Thommmppbbbppp!

Satu letupan mortar menjatuhkan kami berdua. Kami gugur sebelah menyebelah. Ken Rosso menjerit menahan sakit, aku tenang menahan pedih kegagalan.

Aku cuba menaikkan moral pasukan dengan menggunakan peribahasa Afrika,

“Hakuna Matata everyone.”

Ken Rosso tidak dapat menerima kegagalan yang terlalu hampir di ambang kejayaan. Beliau dengan pantas meninggalkan aku dan Taka Aki.

Maka tamatlah Global Event kali ini. Barulah kami mengerti perasaan seorang gagalis.

Aku mengucapkan sepotong ayat kepada Taka Aki sebelum berpisah,

“May your journey always lead you home, Taka Aki. I wish you nothing but goodluck.”

“Sayonara,” balas Taka Aki.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s