Setiap kali naik motor dan lalu di tengah kesesakan, aku akan memastikan aku mempunyai ruang yang cukup untuk menekan brek. Mengikut pengalaman, kenderaan di hadapan boleh menukar haluan pada bila-bila masa mengikut sedap tekak mereka. Kemudian mereka akan salahkan motor yang datang entah dari mana dan laju. Padahal lurus je dari belakang.
Dan pagi tadi satu Mercedes yang dipandu makcik berkaca mata hitam, bagi isyarat ke kanan dan terus masuk tanpa mengambil kira jarak aku yang sangat hampir dengan keretanya.
Aku picit punat hon sambil brek mengejut.
Pinnnnnnnnnnn! (Dibaca mengikut bunyi hon yang anda selalu dengar)
Cepat-cepat dia masuk semula laluan asal.
Aku memberi renungan maut dan dia buat selamba sahaja tanpa peduli keadaan jiwa aku yang terkejut dan depression.
Dalam keadaan marah, aku meneruskan perjalanan sambil memikirkan patutkah aku sarapan berat sedikit kerana tekanan perasaan yang baru aku alami?
Tapi bila tengok jam aku sudah sedikit lewat ke pejabat, aku simpan niat untuk sarapan roti canai dengan kari kambing.
Di sebalik kaca mata hitam beliau mungkin sebenarnya anak mata dia curi-curi balas renungan maut kau tapi dia tetap tegakkan kepala acah diva padahal gabra. haha…
LikeLike