Hari ini Yoona mengeluarkan buih dari mulut yang banyak selepas aku membawanya ke klinik dan diberi makan ubat. Dalam perjalanan pulang ke rumah, aku patah balik dan bergegas semula ke klinik.
Sial. Aku berteriak seorang diri meminta Yoona tidak meninggalkan aku. Kemudian aku meminta maaf dan berdoa dia tidak membenciku.