Biarlah aku berterus-terang

Sekitar 2010, aku mula mengorak langkah dalam industri perfileman dan tidak menoleh ke belakang lagi. Aku mengenali banyak mahakarya hebat seperti Dead Poet’s Society, Good Will Hunting, Snatch, Gangs of Wasseypur, dan banyak lagi.

Selepas beberapa lama aku mula ketandusan mahakarya untuk ditonton dan dibahas secara ilmiah. Ketika itu minda aku belum terbuka untuk membaca. Aku lebih senang baring sambil makan kerepek pedas.

Entah bagaimana aku bersua dengan sebuah filem Korea. Judulnya A Moment to Remember.

A Moment to Remember mengisahkan perjuangan seorang lelaki yang handal bertukang dan mempunyai badan sedap untuk membina almari dapur. Perjuangan cintanya begitu tulus dan terasa dekat dengan kisah agung yang sedang atau bakal aku lalui.

Aku sebak dan memasang azam untuk menjadi lelaki yang handal memasang barang IKEA sambil melayan wanita dengan penuh kelembutan dan kasih sayang.

Begitulah kesan A Moment to Remember padaku. Aku amat meminati hero dan heroin cerita ini. Aku menceritakan kisah ini kepada isteriku kemudian dia hanya mengganguk dan kata “Haah, sedih juga la…”

Dia kemudian mengesyorkan aku untuk menonton Crash Landing on You (CLOY) kerana heroin A Moment to Remember adalah heroin CLOY.

Aku jadi serba salah. Aku suka heroin A Moment to Remember. Aku belum tentu suka heroin CLOY.

Perlukah aku pergi ke Facebook Kisah Rumah Tangga dan minta adminnya rahsiakan profile-ku?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s