Sebuah malam yang panjang bukanlah malam yang berlalu sambil mengenang semua nestapa di dunia.
Sebuah malam yang panjang bukanlah tentang mengenang cabang jalan yang tidak pernah dilalui.
Sebuah malam yang panjang juga bukanlah malam yang berlalu memikirkan jasa-jasa yang tidak mampu aku hulurkan kepada haiwan yang tidak mampu berkata-kata.
Malam yang panjang adalah waktu yang berlalu mengingati bahawa aku dan ayah seperti dua tebing di sebuah sungai, melihat satu sama lain hanya dari kejauhan.