Millie

Kau datang dalam bentuk malaikat kecil berbulu

Di satu pagi

Di sebuah kebun nanas.

Dan kebetulan, warnamu juga seperti isi nanas dengan sedikit susu.

Duhai malaikat kecilku Millie,

Syurga tidak lengkap tanpamu,

Dan senja hanyalah ufuk yang bertukar menjadi gelap

tanpa kau berbaringan di sisi.

Tolong jangan pergi kerana rinai tangisku pasti tak terhenti,

memikirkan tidak ada lagi tubuh kecilmu

berlarian, mencakar,

Dan mengiau ketika kami terlambat menambah biskut di piring.

Millie, terus sihat.

Kami mahu melihatmu

dengan penuh bangga, memanjat mesin penapis air.

Leave a Reply