Ketika sedang makan di Puchong, isteri menunjukkan di tepi meja ada seekor kucing yang punyai warna dan gaya seperti Jennie.
Aku menahan dari mengeluarkan air mata.
Rindu.
Ketika sedang makan di Puchong, isteri menunjukkan di tepi meja ada seekor kucing yang punyai warna dan gaya seperti Jennie.
Aku menahan dari mengeluarkan air mata.
Rindu.
datang, pada satu hari dengan keadaan yang sangat lemah. Berjalan terhuyung-hayang, kami memberikannya makanan. Dan dia mahu makan. Kemudian kami berlalu pergi dan berbincang untuk membawa dia masuk ke rumah ketika dalam kereta.
Kemudian Jennie menghilang untuk 2 hari dari tempat pertama kami bertemunya.
Aku terus mendukung dan membawanya ke klinik haiwan. Selepas diuji, Jennie rupanya sedang melawan parvo.
Doktor bertanya jika kami masih mahu memeliharanya.
“Sudah pasti.” kata isteriku.
Rencananya adalah merawat Jennie dan membuka tawaran untuk sesiapa yang mahu memeliharanya. Jennie bermata biru cair dan bertompok kelabu. Jennie pasti menjadi tumpuan para juri jikalau dia bertanding di pertandingan Ratu Cantik antara kucing.
Setelah dua minggu, perut Jennie makin membesar. Dan kepalanya teleng.
Kami membawanya ke klinik dan doktor mengesahkan Jennie mengandung dan punyai saraf yang rosak. Sebab itu kepalanya teleng. Mungkin kerana kesan samping dari sakit parvo. Doktor menambah kemungkinan untuk Jennie dan anaknya selamat sangat rendah. Bertarung dengan parvo, bunting dan melahirkan anak adalah sesuatu yang sukar.
Tapi Jennie kami, berjaya melahirkan dengan sihat empat ekor anak kucing.
Padthai, Paprik, Somtam dan Tomyam. Dan bermulalah episod menjaga kucing parvo yang menyusukan anak. Jennie dan keluarga diasingkan di balkoni. Kucing lain tidak dapat menghampiri mereka. Setiap hari kami mencuci balkoni dengan campuran air dan Dettol untuk membasmi kuman.
Akhirnya Jennie sembuh dari parvo. Dan anak-anaknya membesar dengan sihat. Cuma Somtam yang perlu diasuh dengan lebih perhatian. Dia kalah dengan adik-beradiknya ketika berebut susu. Setiap 4 jam aku akan ambil Somtam dan berikan dia susu khas untuk kucing.


Kadang-kadang saya terkedu dengan pandangan sesetengah muslim.
Mereka mempersoalkan mengapa dibela kucing di dalam rumah, bukankah najis mereka boleh berada di merata tempat.
Rasanya jika mereka rajin dan ingat kembali ajaran asas fardhu ain, mereka akan tahu apakah itu sebenarnya najis. Tapi biarlah mereka mencari sendiri apakah makna najis. Tapi jika mereka malas, biarkan mereka di situ dan hidup dalam kegelapan.
Adakah harus kita menjawab, pada orang bukan muslim.
“Oh, agama kami tidak membenarkan kami membela haiwan di dalam rumah. Najis. Kotor.”
Lalu dibisik dalam hati orang bukan muslim.
1. Oh, rupanya mereka pemalas.
2. Wah, mereka juga pentingkan diri sendiri.
Tetap berjaya diselitkan dengan senyum dan tawa. Apa sahaja yang membuat perjalanan selama ini dapat diteruskan.
Ya. Alangkah bagus andai aku seekor katak. Dan sinaran bulan itu memanah tepat ke tubuhku yang menggerutu.
Dan kerana sinaran bulan itulah, seekor ular melihatku dari jauh dan kemudian melingkar seluruh tubuhku.
Perlahan-lahan, aku sirna. Ke dalam tubuh seekor ular.
Di antara 10 sehingga 11 malam, aku akan memasukkan 9 ekor anak bulus ke dalam bilik mereka. Ini penting demi memastikan kualiti tidur dua orang manusia tidak terjejas, dan untuk Millie pergi ke seluruh penjuru rumah mengikut gerak hatinya.
Millie adalah kucing pertama rumah ini dan layak mendapat keistimewaan.
Di antara 9 ekor yang perlu dimasukkan ke dalam, Tomyam adalah yang paling sukar ditangkap. Dia akan berlarian bersembunyi di celahan langsir, bawah meja, dan tepi almari.
Namun pekerjaan mencari Tomyam menjadi mudah setelah adanya Woopsie, seekor kucing cilik yang nakal.
Dia akan berlari bersama-sama Tomyam. Ke mana sahaja Tomyam berlari dan bersembunyi, aku akan tahu.
Woopsie sentiasa mengejar Tomyam dan seolah berkata, “pasepa kalut sangat sembunyi tu?”


aku tengok bola.
Liverpool lawan Arsenal.
Bangang gila Arsenal boleh bolos macam tu. Belum ada lagi gol aku rasa sebangang tu. Dah la pakai tangan, masuk gol sendiri. Bangang.
Lepas tu Liverpool bolos.
Aku rasa inilah gol bangang terkini yang pernah wujud.
Cepat-cepat aku tutup TV tutup lampu tutup pintu masuk tidur.
Sebagai peminat Liverpool nombor 1, sekarang aku sedang merancang perjalanan untuk ke konsert seterusnya, Taylor Swift.
Jaga-jaga! Geylang aku datanggg!
Di satu malam, ketika bunyi ombak menghempas pantai dapat didengari dari ruang makan sebuah hotel di tepian Selat Inggeris, Chris Martin dan beberapa orang sedang duduk berbincang.
Kalian, aku tidak rasa mercun diperlukan untuk persembahan kita di Bukit Jalil. Mercun tidak bagus untuk alam sekitar. Letupannya membunuh ribuan burung. Adakah kalian tahu yang jantung burung tidak dapat bertahan ketika mendengar letupan mercun yang kuat? Kata Chris Martin.
Namun rombongan dari Kuala Lumpur itu bertegas bahawa mereka masih mahukan mercun kerana mereka punyai banyak duit untuk dibazirkan apatah lagi flora dan fauna tidak dekat dan mesra di hati.
Chris Martin menggeleng kepala.
Keesokannya Chris Martin bertemu rombongan dari Singapura.
“Benar Chris, kami turut bersetuju. Alam sekitar, burung dan mergastua lain berkongsi ruang yang sama dengan kita. Adalah menjadi perkara yang mustahak persembahan Coldplay menjaga persekitaran dan bersederhana.” Kata ketua rombongan dari Singapura.
“Kami akan menggunakan corak bunga api di atas lelangit stadium untuk mengiringi A Sky Full of Stars. Usah khuatir.” Tambahnya lagi.
Chris Martin tersenyum. Beliau malah bersetuju melakukan 6 persembahan di Singapura. Kesefahaman bersama ini telah melonjakkan industri pelancongan di sekitar Geylang dan Marina Bay. Pelancong menderu datang dari pelbagai pelusuk dunia, dan agak sukar mencari hotel kerana banyak ditempah.
Dan yang paling penting, persembahan Coldplay di Singapura tidak membunuh walau seekor pun burung. Chris Martin kemudian menyuarakan (ketika konsert) bahawa semua pihak di Gaza, Israel, West Bank dan di mana jua haruslah berdamai dan mencari cinta.
Kisah di atas hanyalah rekaan dan imaginasi penulis. Tolong jangan saman.
Ketika aku menunggu ketibaan Alex Turner ke atas pentas, aku sedang sakit badan. Aku kira, influenza. Atau mungkin, denggi. Yang lucunya, dia memilih untuk memuncak ketika dilepaskan masuk ke hadapan pentas.
Dengan otot yang sakit, aku berdiri menunggu budak-budak Arctic Monkeys. Sebagai manusia berakal, aku tidak mengeluh menunggu ketibaan rockstar. Tapi badan aku memang mengejang sambil cuba menahan batuk. Barisan hadapan pula memang rapat dengan awek-awek dari pelbagai bangsa. Tapi sebab konsert di Bangkok maka paling ramai tentulah Supassra Thanachat, Khemanit Jamikorn dan lain-lain. Aku suka bila mereka berteriak. Alex juga terasa kesannya bila dia terlebih gedik.
Aku yang gundah dan gulana, akhirnya seringai bila muzik berhenti dan dewan besar menjadi gelap.
Memang berbaloi segala perih yang aku lalui. Influenza, denggi, sakit otot, semuanya hilang. Dan walaupun aku sering berasa orang memakai kaca hitam di dalam bangunan sebagai rempit, Alex aku maafkan.
Aku meneliti susuk Alex dari atas sampai bawah. Paling power aku rasa bahagian jambul. Memang elok.
Kalau kau tertanya-tanya, lagu yang paling aku nikmati ketika itu adalah I Bet You Look Good on the Dancefloor.
Matrijadi, Alex ‘Dream Synopsis’ Turner.
Malam datang menyapaku. Tangannya menggendong sebuah bungkusan. Aku tidak dapat meneka apakah yang terdapat di dalam bungkusan itu.
Mahukah kau ditemani sepi? Jika mahu aku akan tebarkan di ruang kamarmu ini.
“Tidak. Bukan ini malam.” Soalannya ku balas. “Malam ini, aku mahu bergelak-tawa. Bersama para peminat Bournemouth.”