Aku akan terus berjalan untuk menuju hari esok walau esok belum menjanjikan apa-apa. Kalau ditanya mengapa aku masih mahu untuk menemui hari esok, jawapanku mudah.
Kerana hari ini masih ada yang memegang erat tanganku.
Aku mahu hidup satu hari lagi untuk semua yang menggenggam tangan ini.
Seperti sebuah bencana Kau datang dengan rencana Membuat lara dan seribu renjana Hidupku pun menjadi seperti puing-puing selepas berakhirnya malapetaka. Buat hati, ku bisikkan terus kuat. Dan hati membalasnya duka ini duka abadi, tidak bernoktah, tidak bertepi.
Hari ini berbeza dengan hari-hari yang lain kerana hari ini aku membawa beg tambahan untuk beriadah.
Tengahari aku naik pergi gym. Semangat aku sedang berkobar kerana aku telah mendaftarkan diri untuk pemilihan pelari ke Maybank Bali Marathon. Hotel, slot larian, dan pengangkutan di Bali akan ditaja. Tapi hanya yang pantas akan terpilih.
Maknanya aku sedang bersemangat. Bayangkan sebuah wajah yang gigih menukar baju di kamar persalinan.
Kemudian aku tersedar rupanya aku tidak membawa seluar sukan.
Aku membayangkan wajah adik-adik yang menjaga kaunter sedang ketawa jika mereka tahu aku terlupa membawa seluar. Tadi punyalah beriya tanya semua program yang ada, seluar pun tak bawak.
—-
“Tiba-tiba ada meeting la pulak.” Kata aku kepada adik kaunter.
Segala rintangan dan perkara yang telah aku tempuhi sehingga semalam membentuk aku yang hari ini. Untuk sesetengah orang, aku mungkin seorang yang penyayang, dan untuk orang lain, aku mungkin seorang yang garang, dan untuk semua kucing, aku adalah orang yang gemar mengusap leher.
Tapi walau apa pun anggapan orang, aku biarkan dan malas untuk menerangkan dengan terperinci. Cukuplah kau dengan telahan di fikiranmu, dan aku dengan hidupku. Aku percaya pemikiran yang begini sama sahaja dengan semua orang, kita semakin matang seiring usia yang meningkat.
Jika ada orang mahu hidup dengan kucing, biarkan. Jika mereka mahu duduk di sofa mendengar lagu dan tertidur, biarkan. Jika mereka mahu duduk di tepi pantai menunggu penyu naik ke darat, juga… biarkan.
Sekarang kau mesti tertanya-tanya, dari mana tiba-tiba aku menulis yang begini? Kan? Ya betul. Seseorang (aku rasa peminat Arsenal) telah membuat aduan tentang akaun Twitter aku. Sekarang akaun itu telah hilang dibenam oleh konco Mas Elon dan barangkali peminat Arsenal.
Kepada Arsenal, aku ucapkan selamat maju jaya.
Kepada Twitter, selamat tinggal.
Hmmm… sekarang aku tak tahu nak buat apa. Mungkin boleh mula belajar memasak.
datang, pada satu hari dengan keadaan yang sangat lemah. Berjalan terhuyung-hayang, kami memberikannya makanan. Dan dia mahu makan. Kemudian kami berlalu pergi dan berbincang untuk membawa dia masuk ke rumah ketika dalam kereta.
Kemudian Jennie menghilang untuk 2 hari dari tempat pertama kami bertemunya.
Aku terus mendukung dan membawanya ke klinik haiwan. Selepas diuji, Jennie rupanya sedang melawan parvo.
Doktor bertanya jika kami masih mahu memeliharanya.
“Sudah pasti.” kata isteriku.
Rencananya adalah merawat Jennie dan membuka tawaran untuk sesiapa yang mahu memeliharanya. Jennie bermata biru cair dan bertompok kelabu. Jennie pasti menjadi tumpuan para juri jikalau dia bertanding di pertandingan Ratu Cantik antara kucing.
Setelah dua minggu, perut Jennie makin membesar. Dan kepalanya teleng.
Kami membawanya ke klinik dan doktor mengesahkan Jennie mengandung dan punyai saraf yang rosak. Sebab itu kepalanya teleng. Mungkin kerana kesan samping dari sakit parvo. Doktor menambah kemungkinan untuk Jennie dan anaknya selamat sangat rendah. Bertarung dengan parvo, bunting dan melahirkan anak adalah sesuatu yang sukar.
Tapi Jennie kami, berjaya melahirkan dengan sihat empat ekor anak kucing.
Padthai, Paprik, Somtam dan Tomyam. Dan bermulalah episod menjaga kucing parvo yang menyusukan anak. Jennie dan keluarga diasingkan di balkoni. Kucing lain tidak dapat menghampiri mereka. Setiap hari kami mencuci balkoni dengan campuran air dan Dettol untuk membasmi kuman.
Akhirnya Jennie sembuh dari parvo. Dan anak-anaknya membesar dengan sihat. Cuma Somtam yang perlu diasuh dengan lebih perhatian. Dia kalah dengan adik-beradiknya ketika berebut susu. Setiap 4 jam aku akan ambil Somtam dan berikan dia susu khas untuk kucing.
Kadang-kadang saya terkedu dengan pandangan sesetengah muslim.
Mereka mempersoalkan mengapa dibela kucing di dalam rumah, bukankah najis mereka boleh berada di merata tempat.
Rasanya jika mereka rajin dan ingat kembali ajaran asas fardhu ain, mereka akan tahu apakah itu sebenarnya najis. Tapi biarlah mereka mencari sendiri apakah makna najis. Tapi jika mereka malas, biarkan mereka di situ dan hidup dalam kegelapan.
Adakah harus kita menjawab, pada orang bukan muslim.
“Oh, agama kami tidak membenarkan kami membela haiwan di dalam rumah. Najis. Kotor.”