Bersepeda ke kantor

Sabtu lepas aku membawa keluarga iparku keluar untuk meninjau-ninjau motor. Abang iparku mahu membeli motorsikal baru yang akan digunapakai untuk ulang-alik kerja. Motor yang dia pakai sekarang sudah digunakan sejak zaman belajar lagi. 

Aku menyambut baik keinginannya untuk membeli motorsikal baru. Sebagai pengguna motor yang berulang-alik ke pejabat setiap hari, aku memiliki sebuah kebebasan yang tidak ada pada pemandu kereta. Ya, ada buruk dan baiknya namun aku lebih selesa menggunakan motor. Aku tidak mahu tersekat di atas jalanraya ketika jalan sesak. Aku mahu sampai rumah dengan waktu yang telah ditetapkan oleh akal fikiranku. Jika menaiki kereta, aku mungkin tersekat kerana banyak situasi yang mungkin timbul. Abaikan hujan kerana aku suka meredah hujan. Ketika meredah hujan, ketika waktu itulah aku terasa diriku lebih dekat dengan alam semesta.

Berbalik kepada cerita abang iparku yang mahu mencari motor, aku membawanya ke Serdang. Di Serdang ada banyak kedai motor yang menyediakan pilihan yang luas. Kami singgah dan bertanyakan harga, perihal, dan keberadaan motor mengikut model-model yang ada. Namun aku hanya mencadangkan dua jenis model kepada abang iparku. 135LC atau Honda Dream. Dua motor yang hangat di mata mat rempit yang gemar mencuri.

(Mungkin lain kali aku boleh menceritakan pengalamanku tentang motor yang dicuri mat rempit dan ketangkasan polis mencari pelakunya.)

Namun ada kejadian pelik yang berlaku pada hari itu. Isteriku mahu aku membeli motor vespa! Entah apa yang bermain di fikirannya sehingga mahu aku membeli vespa. Aku hanya mampu mengucap di dalam hati sambil berkira-kira ada berapa bulan lagi motorku akan habis dibayar.

Habis meninjau motor, kami cari makanan. Sedap juga makan satey sambil berfikir model motor apa yang mahu dibeli.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s