Aku baru sahaja mendaftarkan diri untuk Putrajaya Night Marathon. Jika dikira mengikut hari, aku ada 33 hari untuk mempersiapkan diri untuk lari 21km. Aku sudah lupa bilakah kali terakhir aku berlari 21km. Pernah aku daftar 42km tapi dengan latihan yang terlalu padat dan meletihkan diri, aku tumbang dan terpaksa melupakan hasrat itu.
Baik, petang ni aku harus lari 7km!
Semoga dipermudahkan.