Sebuah kempen dari Parti Sampai Pagi.

Pada pendapat saya tentang bahtera yang tidak perlu diganti dan hanya perlu ditukar nakhodanya, saya merasakan kenyataan ini betul, dan agak tepat. Bahtera yang masih boleh berlayar di atas gulungan ombak masih boleh digunakan dan tidaklah kita perlu membazir dengan menukarnya dengan kapal baru.

Tetapi, ombak dan gelombang yang bakal mendatang di masa hadapan, adakah seperti tengkujuh yang reda di Laut China Selatan? Apakah gemalai persis Laut Andaman di penghujung tahun? Jika jawapannya ya, maka ya kita masih boleh menggunakan bahtera itu. Mungkin.

Namun jika ombak mendatang bak tsunami yang datang dari perut bumi di tengah lautan, umpama ribut di tengah Lautan Teduh? Apakah mampu bahtera purba ini menampungnya? Hmmmm.

Saya berharap di masa hadapan kita bukan sahaja menukar bahtera, malah kita tukar sekali seluruh armada. Jenderal perang, nakhoda dan kelasinya semua kita tukar. Itulah sebaik-baik percaturan untuk kita sebelum keluar berperang. Harus diingat, perang dimenangi sebelum bermulanya pertempuran.

Jadi di kesempatan ini, saya menyeru anda semua untuk balik ke Alor Star, beratur makan nasi, roti canai Farouq dan mengundi.

Hidup nasi kandar!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s