Suami of the day

Kelmarin hantar bini pergi kerja sebab aku nak guna kereta dan buat penghantaran nanas.

Lepas hantar dia, aku menuju destinasi pertama di daerah Shah Alam.

Tengah dengar lagu tiba-tiba aku rasa ada benda bergerak di hujung ibu jari.

Aku jenguk, rupanya ada lipas bersaiz sederhana besar.

Bukan main jinak dia. Tenang melekat hujung kaki.

Boleh sahaja aku biarkan dia merayap pergi tapi aku terfikir kalaulah masih ada dalam kereta dan muncul masa isteri aku sedang memandu, situasi boleh menjadi bahaya. Isteri aku takut lipas. Entah apa akan terjadi kalau lipas ni merayap dekat kaki dia.

Aku turunkan cermin kereta dan membuat gerakan naikkan kaki kanan dengan pantas dan cekup lipas itu dengan penuh kelincahan persis adiwira Marvel.

Aku buang ke luar tingkap dan kembali menekan pendicit minyak.

Power gila aku rasa. Semuanya berlaku dalam tempoh kurang dua saat.

Sekarang hati aku senang bila mengetahui isteriku boleh memandu tanpa gangguan lipas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s