Tempohari ketika di Kedah, kakak ipar pulang ke rumah ketika waktu maghrib.
Selepas itu anak kecil berusia 7 bulan menangis. Umur 2 tahun juga turut menangis.
Aku macam biasa, tenang bertuala baru sibuk nak mandi.
Anak saudara umur 2 tahun menangis sambil cakap nak tengok monster dekat luar rumah.
“Nak tengok monster, ada monster dekat luar.” Sambil tunjuk pagar luar yang tidak ada kelibat apa-apa.
Aku ketatkan sikit ikatan tuala.
“Bukan monster la Afi, tu lelaki cuma muka dia lain sikit.” Kata Amir abang kepada Afi.
Aku cepat-cepat pergi mandi nak solat.