Aku bertolak ke Bukit Fraser dari Seri Kembangan pada jam 4 pagi. Sampai sana terus ke masjid dan berjumpa dengan gogo (Ajul Adventura Empire) dan yang lain.
Di hadapan Pine Tree Trail ada ruang untuk letak kereta tapi terhad. Siapa cepat dia dapat.


Kami mula masuk hutan pada jam 7:45. Sepanjang laluan ke puncak, aku jumpa 3 kumpulan lain. Masuk kami, ada 4 kumpulan. Bila turun, jumpa ramai lagi orang.






Mengikut perkiraan aku, bermula dari pintu masuk sampailah ke puncak Pine Tree Hill, dalam 5.2km.
Kemudian meneruskan pengembaraan ke Twin Peak, adalah dalam 900 meter / 30 minit sahaja.

Lepas borak hal gunung lain yang aku banyak tak tahu dengan brader-brader aku jumpa atas Twin Peak, aku pun turun kembali semula ke kereta dan pulang ke Bandar Saujana Putra. Terus ke dakapan isteri yang telah aku tinggalkan bersama mertuaku.
Kesimpulannya, Pine Tree Hill dan Twin Peak adalah pergunungan yang cantik dan agak mencabar namun jangan tertipu dengan jaraknya yang singkat. Aku rasa untuk menikmati pemandangan yang hijau dan bahari di sini, kita perlukan sedikit stamina dan latihan kuatkan badan. Menyusup bawah pokok tumbang dan memanjat akar bukanlah perkara yang mudah.
Sekian, salam sayang dari saya yang WFH bersama dua ekor kucing, Millie dan Yoona.