Senja Menghilang – Sebuah Cerita Tentang Zombi

Aku baru sahaja selesai memberi makan dua ekor kucingku, Millie dan Yoona. Mereka gemarkan ayam rebus yang diracik halus dan dihidang ketika hangat. Sedang aku membelai dan mengusap kepala mereka, ada mesej masuk di Telegram. Datangnya dari rakan pejabatku yang bernama Kamal.

“Woi korang! Semua duduk rumah jangan keluar! Area rumah aku dah penuh zombi!”

Aku tergelak kecil membaca mesej ini. Gila dah budak ni. Berapa lama agaknya tak makan nasi.

“Baik Kamal. WFH ni, memang kena duduk rumah je. Awak jangan lupa sambung installation server Centos tu yerrrrr.” Balasku di dalam Telegram.

Baru sahaja aku meletakkan telefon yang dibeli ketika mula-mula PKP dengan niat ingin membantu ekonomi Malaysia kekal berjalan, satu lagi mesej masuk. Juga di Telegram yang sama.

“Area Bangi pun dah banyak zombi niiii! Depan mata aku jiran aku kena kokak kepala diaaa! Aku tengah sembu…” Mesej dari Hazrin.

Tadi area Shah Alam, sekarang Bangi pulak? Gila gila, pergilah makan nasi beryani Anje tu kejap lagi. Kata aku dalam hati.

Tiba-tiba aku mendengar orang menjerit meminta tolong. Jeritan yang datang dari dua suara yang berbeza. Lekas-lekas aku melompat melepasi kucingku yang sedang leka makan. Ah sudahhh, mesej kawan aku tadi bukanlah mainan. Rupanya memang ada zombi yang sedang menyerang. Dari balkoni, aku dapat melihat ada dua pemuda sedang bertumbuk dan bergomol. Cuma wajah pemuda yang seorang lagi penuh dengan darah. Dapat aku lihat matanya merah menyala dan giginya penuh darah sedang cuba melompat dan menjatuhkan pemuda yang seorang lagi. Manakala seorang lagi wanita yang berada di sisi pemuda seorang lagi itu sedang menangis dan seperti mahu lari jauh tapi sepertinya dia tidak sampai hati meninggalkan tempat tersebut. Mungkin inilah namanya cinta sejati.

Astagfirullah, aku mengucap kuat-kuat. Memang bibirku tidak lekang dengan perkataan yang baik-baik.

Tidak ku sangka zombi memang wujud dan bukan hanya ada di televisyen dan permainan video. Rupanya wujud dan nyata. Mujurlah aku memang kenal sangat perangai zombi ini. Aku kenal rapat memang dengan zombi ni sangat-sangat. Mereka dijangkiti satu virus yang akan mengubah DNA dalam darah mereka, dan darah ini akan mengalir ke otak mempengaruhi minda dan seluruh otot badan. Hasilnya manusia yang berubah menjadi zombi akan menjadi agresif dan cuba menjangkitkan wabak ini kepada orang lain.

Oooo zombi ya. Tak apa. Benda kecik je ni. Banyak kali dah aku tengok benda ni dekat TV. Boleh kot rasanya aku survive. Kataku dalam hati sambil berjalan ke pintu rumah dan menguncinya dengan rapi. Tak ada tanda-tanda jiran aku sudah jadi zombi. Kemudian aku masuk semula dan mengalihkan almari yang aku baru beli di IKEA tempohari dan menghadang pintu. Seterusnya aku buka peti ais dan memeriksa bekalan makanan.

Tak guna, ada susu Farmfresh sekotak je. Itu pun aku dah bukak semalam. Maknanya lusa dah tak fresh. Di ruang sejukbeku, ada ayam dan ikan mentah yang aku beli untuk aku rebus dan bagi makan kucing. Hmm… terpaksalah Yoona dan Millie makan makanan kucing sahaja sepanjang tempoh zombi ni.

Kemudian aku ke dapur dan mengeluarkan bekalan Indomie dan Maggi. Hampa juga bila ada 3 paket sahaja.

bersambung

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s