Jangan mati lagi. Jangan hari ini.

Tempohari selepas berlari di Bukit Kiara, aku menghubungi Nazri Vovinski atau lebih senang dipanggil Encik Nazri jika anda belum pernah bertemu dengannya. Kebetulan dia dalam perjalanan dari Seremban ke Damansara Perdana. Vovin, pada hari itu baru 26 hari menjadi bapa anak satu. Aku harap dia okay la masa azan dekat telinga anak.

Berjumpa Vovin, perasaan aku amat senang sekali. Kami kerap bergelak-tawa ketika main PS4. Ketika dia dibunuh aku gelak, ketika aku dibunuh, aku panas hati. Sudah dua kali aku berkelana ke Bali dengan Vovin. Pertama kalinya sebulan, kedua kalinya 10 hari.

Sempat aku tanya perihal kucing dia yang terjatuh ketika menggeliat badan di koridor rumah. Bala, tingkat 6 jatuh sampai bawah. Nasib baik hidup lagi. Vovin jumpa kucingnya sedang menggigil ketakutan dan hari esoknya elok sahaja kucing itu kembali ke asal. Makan, tidur, berak, ulang.

Kemudian kami mentertawakan kesungguhan rakyat kebanyakan yang bermatian melindungi orang kenamaan. Entah apa-apalah, bersekongkol dengan penjahanam alam, lagi dilindungi. Dan yang mendapat natijahnya, sudah tentulah bukan si penjahanam alam itu tadi, apa lagi yang mempunyai kuasa. Ha-ha. Aneh dan lucu sekali negeri ini.

“Jadi, bila kau nak beli PS5?” Aku tanya Vovin.

Kemudian dia menjelaskan tempohari ada kesempatan untuk dia ke Sunway Piramid membuat pembelian pra-tempah.

“Tapi, aku takut Covid! Tak nak aku beratur.” Katanya lagi.

Selepas aku memberikan sedikit tips joging, kami bersurai. Aku meminta dia mendoakan supaya permohonan i-Sinar aku diluluskan. Semoga doanya diangkat ke langit ketujuh. Doa bapa mithali, mustajab!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s