Telah menjadi rutin harian Jejaka C bangun awal pagi keluar berlari. Tapi tidak untuk hari ini. Jejaka C bangkit dari tidur lantas ke dapur memasak. Jejaka C yang setia mengikut nasihat dan arahan kerajaan duduk diam di rumah punyai banyak waktu senggang untuk dihabiskan.
Tidak seperti Jejaka C, isterinya terpanggil ke pejabat demi menyambung pelestarian ekonomi negara.
“Bisang essential, boleh.” kata bapa Dafi.
Kepingan ikan salmon diletak sedikit lada dan perencah bersama sos tiram. Kemudian diletakkan ke dalam kuali. Siap selepas 10 minit digoreng dengan api kecil. Kepingan salmon yang sudah dimasak itu tadi dimasukkan ke dalam bekas makanan bersama nasi. Untuk dibawa sang isteri.
Selepas isterinya pergi, Jejaka C tersenyum bangga. Hari ini, tugas isterinya telah dipermudahkan sedikit. Tugas besar kehidupan dalam berperang melawan lapar tidak boleh dipandang remeh.