Semangat bikin sendiri (DIY) aku kini memancar dengan terang

Sebagai seorang lelaki berbudiman dan mencapai usia 35, aku kini lebih banyak menumpukan pada video bikin sendiri (DIY) di Youtube. Aku cuba membisikkan pada diri bahawa aku masih memerlukan PS5 kerana jiwaku masih muda. Tapi mengenang kembali zaman PS4 yang sentiasa tidur lewat, aku lunturkan sedikit niat menyimpan duit membeli PS5. Padahal tak ada duit. Hmm.

Jadi berbalik kepada video bikin sendiri, setiap hari aku akan tengok orang buat itu dan ini kemudian aku merasa takjub. Ohhh begitu, kataku sambil mengusap dagu. Bila tengok DIY Aquarium Overflow, barulah aku mengerti mengapa kerajaan Malaysia memohon aku untuk belajar fizik bersungguh-sungguh. Mati-mati aku ingat belajar fizik ni sebenarnya agenda NASA merendahkan orang melayu. Hmm.

Tempohari aku buat juga sedikit DIY tapi macam tak berapa cun lubang aku buat. Lepas aku kaji dan berfikir dengan otak yang sangat geliga, rupanya mesin gerudi yang aku gunakan laju sangat. Patutlah lain macam dia punya melompat. Maka aku pun tunjuklah satu mesin gerudi yang ringan dan boleh dikelola kelajuannya pada isteriku.

Berdebar juga masa aku bentang belanjawan. Mujur lulus tapi dengan syarat. Habis guna, kemas balik simpan elok-elok.

Alhamdulilah, add to cart.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s