Beberapa hari ini Yoona sering muntah. Akhirnya aku nekad membawanya ke doktor untuk menjalani ujian darah.
Seperti biasa dia akan mengiau sepanjang perjalanan ke doktor.
Syukurlah semuanya baik sahaja. Doktor sendiri tidak dapat meneka mengapa dia muntah. Tekaan yang paling rapat, salah bagi makan. Beberapa hari lepas aku menggunakan makanan yang telah lama. Kerana aku cuba menukar diet Yoona.
Doktor memberikan nasihat dan gaya hidup yang harus dijalani Yoona untuk dia. Tapi Yoona tak perlu buat apa pun, yang penting jangan lari. Aku dan Rifhan yang akan menyumbat mulutnya dengan makanan.
Jadi kami membawa pulang bersama satu tin makanan yang mudah dicerna. Tapi kandungannya dari babi. Selesai bagi makan, kami pun membersihkan diri dengan air tanah.
Penat juga ya sertu karpet, bekas makan dan badan niii.