Bila aku membaca dan menyelami kisah-kisah orang lain dalam menghadapi cabaran hidup di era Covid, aku sugul. Dicampur aduk dengan kejadian yang tidak diigini yang berlaku kepada keluarga, sahabat, jiran dan kenalan, aku terdiam. Ditambah pula dengan tata kelola wabak yang kau sendiri tahu bagaimana. Hmmm.
Aku tak berani mengeluarkan walau sedikit pun kata-kata penguat semangat kepada orang lain. Aku tidak di tempat mereka dan aku tak akan faham. Tapi kalau ada siapa-siapa yang mahu meluahkan segala kesumat dan rasa yang terpendam, sila tampil. Aku sedia mendengar.
Memilih diam dan merenung langit adalah jalan terbaik. Tapi kadang-kadang aku bagi likes 👍🏻 untuk siapa-siapa yang mencemuh penindas zalim.