Semestinya

Ketika era Perang 7 Wilayah yang berakhir dengan penyatuan China, Qin menghapuskan Zhao yang berjiran dengannya. Bermula dari itu, satu persatu wilayah tunduk kepada penguasaan Qin. Walaupun Han menyerah terlebih dahulu kepada Qin, bagaimana Qin menghapuskan Zhao dengan mudah? Jawapannya para pemimpin Zhao dengan pemikiran tahap maha sampah telah menjatuhkan hukuman mati kepada jeneral mereka yang kemudiannya menjadi bala bencana kepada mereka sendiri. Zhao ranap dan berakhirlah dinasti mereka yang dibina 183 tahun selepas keruntuhan Dinasti Jin.

Pemimpin berotak dangkal, mementingkan diri dan tamak harta akhirnya membawa kebinasaan kepada negara dan diri sendiri.

Dan yang lucunya, sampai ke hari ini pelajaran dari masa silam masih tidak digunapakai oleh penguasa. Alangkah malangnya kita dan untungnya mereka boleh membina kehidupan dari ratapan serta kesusahan rakyat jelata.

Hari ini, dek kerana kegagalan dalam tatakelola wabak Covid-19, adik aku merasakan dampaknya. Sakit kepala, selsema dan batuk, dia membuat ujian calitan dan ternyata positif. Terima kasih kepada kakitangan KKM yang banyak membantu. Adik aku telah diambil dan dihantar ke pusat kuarantin. Esok, keluargaku yang lain akan membuat ujian calitan. Semoga adik dan keluargaku baik-baik sahaja.

Adakah aku kecewa? Semestinya.

Adakah aku bingung dan cuba sehabis baik membantu mereka dari jauh? Semestinya.

Adakah aku risau? Semestinya.

Adakah aku bersedih? Semestinya.

Adakah aku nekad untuk menukar kepimpinan yang ada sekarang? Semestinya.

Adakah aku akan berdendam kepada mereka jika terjadi apa-apa pada keluargaku?

Semestinya. Sudah tentu. Dan sampai bila-bila.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s