Kerana hari Sabtu, aku boleh bangun awal pagi dan beriadah selama mana aku suka. Aku boleh buat 5km, 10km, atau masuk ke hutan dan pulang petang hari.
Selepas tamat beriadah, aku akan mandi dan makan. Dan oleh kerana aku bangun awal pagi, aku akan mengantuk.
Ketika itu perut sudah kenyang dan oleh kerana hari ini hari Sabtu, aku boleh tidur kembali.
Di dalam suasana mengantuk yang tidak boleh tidur itu, aku akan menggoyangkan kaki kanan mengikut irama lagu yang telah aku buka sebelum baring.
Aku suka mendengar petikan gitar dan lirik dari Angus & Julia Stone dan Camera Obscura. Aku suka. Tapi aku tahu isteriku tidak suka. Aku tidak kisah. Aku akan tetap baring dan menggoyangkan kaki kanan sambil mendengar lagu mereka. Kemudian isteriku akan meminta untuk membantu beliau sidai baju. Aku akan berfikir sama ada mahu menolongnya atau tidak. Tapi selalunya memang aku akan sidailah…
Dan musim baru EPL telah bermula. Selepas bermalasan dari pagi, aku boleh menonton bola di malam hari. Inilah sebabnya hari Sabtu adalah hari yang sangat lovely.
Tapi jika anda di Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu…
bertabahlah, kerana esok kerja. Hi-hi-hi.
