Semalam aku dan isteri menghantar seekor kucing yang kami jumpa ketika joging ke rumah kekalnya. Sepertimana semua kucing lain, kucing yang kami namakan Goose ini layak untuk hidup dengan gembira dan selamat.
Ketika dijumpai dia sangat kurus dan hanya duduk di tempat yang sama selama 3 hari berturut-turut. Kami bawa berjumpa doktor dan doktor memberitahu dia kekurangan zat dan langsung diberikan ubat kutu dan cacing.
Selepas menyimpannya selama 4 hari, kami bawa ke rumah kekalnya di BTHO. Isteriku masih mengalirkan air mata perpisahan di mana aku rasakan tidak mengapa untuk menangis. Apa yang penting Goose kini selamat dan gembira di samping keluarga baru untuk banyak tahun mendatang.
