Hari ahad

Hari ini setelah sekian lama aku dapat berehat dengan tenang tanpa berbuat apa. Tidak berbuat apa-apa maksudnya menghabiskan masa dengan menguruskan kucing.

Seekor kucing baka Siam aku letakkan dalam bilik dan perlu dikecilkan lagi ruangannya. Ini untuk memudahkan kami menguruskan dia dalam melawan sakit parvo.

Kucing yang aku namakan Jennie ini sedang sarat mengandung dan menunggu hari. Mengikut kata doktor, dia punyai dua ekor anak di dalam perutnya namun peluang tipis untuk anaknya hidup. Meskipun begitu, aku dan isteri mengharapkan keajaiban.

Sambil membuat sangkar, aku memasang Spotify. Ketika lagu Jennie was a Friend of Mine aku menjadi sebak. Dan selepas ini aku merancang untuk baring, sambil memikirkan hidup yang ke hadapan.

Lovely Sunday, eh?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s