Pada tahun 2089, semua satelit sudah tidak berfungsi.
Menara telko yang masih wujud, hanyalah sebuah besi tinggi berkarat.
Tidak ada. Tidak ada seperti hari ini yang boleh menghantar mesej dengan pantas.
Bahkan alat muzik pun sudah tidak wujud kerana pada 2066, ketamadunan hancur, manusia mati kerana bencana yang tiba akibat perbuatan sendiri.
Manusia yang ada pada 2089, kebanyakan pengetahuan yang diwarisi pada mereka hanyalah cara-cara menyalakan api sebelum malam menjelang. Ketika itu manusia baru pandai bercucuk-tanam.
Berita baiknya bumi dan alam sedang tumbug semula. Kehijaun merata-rata, dan menjarah segenap tanah dan lembah. Mergastua, serangga dan ikan semuanya bertambah.
Di waktu itu, manusia masih ada lagu untuk menghibur. Ada satu yang diwarisi dari dunia masa lalu. Kata ketua manusia ketika itu, lagu yang baik akan terus subur dan meneman walau dunia menuju malapetaka.
Di setiap perhimpunan mingguan, ketua selalu berkata,
“Saya masih ingat… ibu saya menyanyikan pada saya, setiap malam, sebelum tidur. Oleh itu, lagu ini saya ajarkan juga pada kalian. Semoga bermanfaat.
Mencintaimu
Seumur hidupku
Selamanya
Setia menanti
Walau di hati saja
Seluruh hidupku
Selamanya
Kau tetap milikku
Haaaaaanyaaaa satu yang tak mungkin kembali
Hanya satu yang tak pernah terjadi
Segalanya teramat berarti di hatiku
Selamanyaaaaaaaaa!”