Shahikhmal ialah teman yang aku kenali dari zaman belajar di Kuantan. Kami sama-sama membesar (dibaca semakin berisi) dan bersahabat baik walaupun beliau menyokong Arsenal.
Ketika kunjungan ke Kuching, Shahikhmal atau lebih senang dipanggil Tosei bergilir-gilir memandu kereta bersama Zharif. Aku, Amir dan Muna hanya santai dan berbual sambil melihat awan-gemawan yang meleret di langit Bumi Kenyalang.
Hari ini majlis di Kempas, JB. Tahniah saya ucapkan buat beliau dan pilihan hatinya. Terimalah serangkap pantun.
Wenger memberi Barcelona merasa, Fabregas rujuk Wenger tak mahu,
Bila sudah berumahtangga,
Janganlah lupa futsal denganku.