Selamat Hari Isnin

Menjelang 3 Mei, aku akan terkenang kepada Amri Razak. Hari ini adalah hari ulang tahun kelahirannya. Ketika aku menaip karangan ini, aku membuka lagu Selamat Ulang Tahun dendangan Jamrud.

Amri adalah rakan yang telah banyak terlibat dalam kehidupan aku. Sama ada perkara yang sia-sia, atau pun baik di mata masyarakat. Kami telah banyak bertualang di zaman muda keluar dari negeri yang lucu ini.

Ketika di Bali, aku amat takjub dengan skil membawa motornya yang tidak sayangkan nyawa. Aku lantas membuat keputusan untuk meletakkan beliau menjadi pembonceng di belakang. Biar aku yang bawa.

Ketika di Laut Andaman, beliau telah menolak aku kembali ke bot pelancong. Sikit lagi aku nak mati lemas. Ha-ha-ha.

Ketika di atas Gunung Kinabalu, beliau hanya melihat sahaja aku naik perlahan-lahan. Mungkin sebab dia pun tak larat.

Dia juga pernah menyelamatkan aku dari sindiket gelap yang menguasai negara satu ketika dahulu. Kartel MLM. Biarlah ini menjadi tanda tanya umum, kerana ini melibatkan aksi yang mendebarkan, pergelutan dan sedikit tumpahan darah.

Dan yang terbaru, beliau sanggup datang pada jam 12 malam untuk angkat sofa. Tingkat 4 bai, mana larattt.

Semoga lepas raya ini beliau mampu melarikan diri dari tanggungjawab seorang bapa dan masuk ke hutan merintis denai.

Ohhh, to be the wanderer and young again.

Selamat ulang tahun Amir Amri. Life start at 40. Enjoy.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s