Kucing untuk diberi percuma

Aku jumpa Timtam dah lama tapi tak dapat tangkap sebab dia asyik lari. Tuan lamanya telah diingatkan berkali-kali bahawa Timtam ada di bawah rumah. Tak pernah pula aku nampak dia cuba cari. (Dan aku ada di bawah rumah dengan sangat kerap sebab uruskan Kemboja dan anak-anaknya). Kadang-kadang aku akan nampak Timtam makan di timbunan sampah. Sedih tapi cuba tangkap masih tak berjaya.

Satu hari aku dengar bunyi anak kucing. Aku jenguk rupanya Timtam dah beranak.

Berjaya telefon jiran yang duduk di Melaka, dia akan datang dan keluarkan dari grill rumah. Jadi aku sediakan sangkar siap-siap untuk jiran letak Timtam. Alhamdulilah Timtam tak lari sebab dia sayangkan anak.

Rupanya rantai yang dia pakai sudah terlondeh dan melukakan. Patutlah dia jalan berjengket. Bawa ke klinik dan setiap hari perlu dicuci lukanya.

Alhamdulilah luka Timtam beransur pulih sekarang. Ekornya kini memanjang kembali selepas duduk di dalam rumah.

Selepas dua bulan, inilah anak-anaknya yang harus dicari rumah yang lebih selesa untuk mereka. Rumah aku kecil, tak mampu nak bela banyak.

Kit – jantan

Kat – betina

Ferrero – betina

Kinder – jantan

Bueno – jantan

Godiva – betina

Yang terbaik pastilah tidak memisahkan mereka tapi apakan daya, rumahku kecil sahaja. Jika anda sedang mencari kucing sebagai peneman setia ke akhir hayat, bolehlah hubungi aku.

https://wa.me/+60135087245?text=Anak-anakTimtam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s