Cukai Najib kepada LHDN, siapa nak bayar? Fikirku ketika merenung laut yang tiada penghujung.

Sebaik turun dari perut pesawat, aku telefon Wan Faizin, seorang pemuda yang berasal dari Kota Bharu.

“Mana demo?”

On the way, dia balas.

Aku menunggu ketibaannya sambil mengimbau kisah klasik kami ketika di kolej. Beliau sering membuat assignment sambil memegang bantal peluk. Kadang-kadang aku akan menyembunyikan bantal peluknya dengan niat mahu melihat apakah yang akan terjadi jika dia membuat assignment tanpa bantal peluk. Aku tak akan beritahu apakah yang terjadi di ruang ini. Mungkin ketika kita minum teh tarik.

Kemudian dia sampai, dan kami berborak tentang kemajuan yang telah Liverpool kecapi selepas para pengundi memilih Klopp menjadi pemimpin tertinggi Merseyside.

Wan Faizin atau lebih dekat dipanggil Jay bersetuju untuk menghantar aku dan isteri sehingga ke jeti Kuala Besut, malah menghantar semula ke lapangan terbang Kota Bharu.

Begitu mulia hatinya.

Dan sekarang aku telah kembali ke dalam perut pesawat selepas Jay mengambilku di Besut dan menghantar ke lapangan terbang.

Aku kini sedang berfikir apakah yang seeloknya diberikan kepada dia sebagai tanda membalas budi. Sesungguhnya manusia hidup dengan berbudi dan membalasnya kembali. Jika tidak, apalah gunanya hidup?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s