Ramadhan 28, masih belum beli mercun

Seperti kebiasaan sama seperti lelaki maskulin yang lain aku akan mengangkat tong gas dan membawanya ke kedai untuk ditukar dengan tong baru.

Lelaki yang hanya membuat panggilan dan tong gasnya dihantar ke rumah, aku sudah lama menganggap mereka sebagai lelaki yang malas basuh pinggan.

Lazimnya aku membawa tong gas ke kedai dengan kereta. Kali ini aku terpaksa bertungkus-lumus membawa tong gas dari tingkat 4, turun ke bawah, punggah ke atas motor dan membawanya kembali ke rumah di tingkat 4.

Aku anggap ini sebagai satu kejayaan malah aku tersenyum kecil apabila memasukkan tong gas yang berisi gas petrolium melepasi pintu rumah.

Tiba-tiba aku terdengar lori memberi hon banyak kali di bawah rumah dan aku anggap ini adalah salah satu dugaan puasa.

Kenapa?

Kenapa ko tak datang hon tadi lori tong gas?

Jiran WiFi

Kemaskini tentang jiran yang kata aku curi WiFi dia.

Pagi tadi barulah aku tahu rupanya ada kawan sengaja pekena aku. Sebenarnya aku dah jangka hal ni tapi aku tak dapat cam suara siapa. Rupanya dia pakai aplikasi atau apa benda entah. Aku tak ada masa nak peduli.

Yang tak tahannya aku siap ajak ‘jiran’ aku tu datang rumah.

Jamrud – Selamat Ulang Tahun

Ulangtahun kelahiran aku disambut dengan panggilan dari seorang insan yang cuba memperdaya aku.

Tengah seronok bermain Risk, ada orang mendail nombor telefonku.

“Helo saya ni jiran awak saya dapat nombor awak ni sebab awak curi WiFi saya. Macam mana awak boleh dapat kata kunci WiFi saya ya? Saya penat bekerja untuk bayar bil awak tahu tak?”

Selepas aku menjelaskan pada dia bahawa aku sedang sibuk bermain permainan di telefon, aku suruh dia beransur dengan cara baik.

“Apa-apa whatsapp je.” Kata aku pada dia.

2 minit lepas tu aku menyesal.

Aku dail semula nombornya dengan niat mahu mengherdik dan menjatuhkan maruah seluruh ahli keluarganya bermula dari moyang sampailah ke cucu-cicit dia. Niat aku ikhlas. Aku hanya mahu dia menyesal dan bunuh diri lepas kena maki.

Aku tekan punat di kaca sesentuh, dan meletakkan telefon di telinga.

Tak boleh call.

Babiiiiiiiiiiiiii.

Menyesal aku tak maki masa dia call tadi.

Pengaruh yutiub

Akhirnya aku terjebak menonton YouTube Sugu Pavithra.

Aku pun tengok la sambil bini aku belek-belek telefon dekat sebelah cari tudung raya.

Tiba-tiba bini aku cakap “ha macam tu la basuh kuali” sambil jeling baik punya tangan aku.

Hmmm.

Sekarang cuma ada dua kebarangkalian. Sama ada esok pagi aku bangun cuci kuali atau diam-diam pergi pasar beli yang baru.

Daniel Agger, punk sejati?

Sebenarnya aku juga pernah berhadapan dengan punk. Lebih tepat lagi minah punk.

Mereka datang bertiga dan kejadian berlaku di dalam bas. Lebih tepat lagi bas 5A dari Johor Bahru menuju Taman Kenanga.

Aku baru pulang dari kegiatan berfaedah. Lebih tepat lagi balik sekolah.

Tengah sedap membuang pandangan di luar jendela kaca, minah punk datang duduk sebelah aku dan ajak borak.

Aku kaget. Minah ni punk. Apa dia nak. Macam mana kalau dia ajak borak hal punk. Aku mana reti. Kalau basikal lajak aku pandai la. Nak ajak lumba pun okay. Itu pun dengan syarat dia berani tanggal brek.

Banyak dia bertanya sampai aku berdoa pemandu bas memandu dengan lebih pantas. Balik dari sekolah aku target bukak komputer main Championship Manager je.

“Awak adik-beradik berapa orang?” Minah punk tanya aku.

Aku tunjuk 4 jari.

“Awak nombor berapa?”

Aku genggam penumbuk tapi tinggalkan jari tengah.

Minah punk gelak dan membalas dengan menunjukkan jari tengahnya pula.

Begitulah sedikit sebanyak pengalaman aku dengan punk.

Tapi kalau punk pakai tanjak, aku kenal sorang.

Daniel Agger.

Radiasi matahari dan angin ribut tropika. Petani di tengah-tengah.

Sambil usap-usap dan belai nanas, aku perhati big boss Afiat Plants alih-alihkan jambul.

Lepas tu dia terbalikkan bakul.

Aku masih belum dapat tangkap apa tujuan dia terbalikkan bakul dan alihkan jambul nenas.

“Nak buatpe Yah?”

Buat katil. Dia jawab.

Tenang disusun empat bakul sesuai dengan tubuh badan, dia alaskan dengan kotak peti ais Samsung.

Diambilnya botol minum buat bantal, dia baring.

Semoga big boss terus sihat dan tenang menyantuni dunia.

Entah mana gambar aku simpan, cilok dari Google sahajalah

Dari Ende, aku bertolak ke Moni jam 4 pagi. 6 pagi dijangka sampai di perkarangan letak kereta Gunung Kelimutu yang tersohor dengan kawah 3 warna.

Sumber gambar.

Sampai di parkir, 30 minit menanjak.

Tidak ada kawah pagi itu kerana puncak Kelimutu diselimuti kabus. Hanya yang ada beberapa pelancong yang setia menunggu bersama 3 penjual makanan dan minuman. Aku membeli secawan kopi dan sebungkus Indomie.

3 jam tunggu barulah mula kelihatan kawahnya. Magis dan penuh takjub aku melihat pesona warna yang dipengaruhi unsur sulfur dari pusat bumi.

Kalau tak sebab Vovin cekal menunggu, memang tidaklah aku dapat tengok kawah ni. Sebenarnya awal-awal lagi aku dah putus asa tunggu kabus hilang.

Dari Moni, kami terus ke Bajawa yang terletak 185km di barat pulau Flores.

Pemandangan ketika melintasi jalan panjang sepanjang pinggir laut, aduh. Cantik, cantik sekali. Dari jauh aku melihat pulau Sumba yang terkenal dengan kuda liarnya. Kuda hidup bebas melata di sana dan pengangkutan utama di sana menggunakan kuda.

Kuda liar di Sumba.

Nantilah jika ada kekuatan, aku akan ke Sumba pula.

Sampai di Bajawa, kami singgah dahulu di rumah adat Bena yang terletak di bawah kaki Gunung Inirie, gunung paling tajam puncaknya yang aku pernah lihat.

Sumber gambar, google.

Sepanjang perjalanan, aku banyak menghabiskan masa membuang pandangan ke kanan dan kiri. Sesekali kami berhenti dan kencing tepi jalan. Nasib baik tak ada rasa nak buang air. Satu hal nak cari port jauh sikit. Kanan kiri hanya hutan. Sesekali bertemu desa penempatan, dan membohonglah google maps kata 5 jam boleh selesai 185km.

Sampai hotel di Bajawa, dah malam. Terus makan, tidur dan lena. Tiada apa di Bajawa melainkan suhu dingin yang menggigit dan menjadi tempat istirehat kami untuk menyambung perjalanan esok paginya.

Chucky the Butcher

Tempohari aku membeli ayam nenas di AEON Jusco keluaran Aqina Farm. Inilah kali pertama aku beli ayam nenas. Ayam ini hanya makan nenas MD2. Jadi dagingnya lembut. Nanti aku cuba.

Sayangnya ayam ini disejukbeku dan datang seekor tanpa potongan. Bermakna aku harus memotong ayam ini kepada potongan kecil. Berbekalkan ilmu youtube di dada, aku sahut cabaran ini.

Sambil aku pegang pisau, sambil aku pause Youtube. Lepas aku potong, aku tekan ‘Play’ dan perkara ini berulang selama 5 minit. Hebat juga teknik dan gaya potongan aku. Rasa nak minta kerja pasar borong pun ada.

Habis potong aku minta tolong isteri aku bagi reviu.

“Kenapa macam tinggal sikit isi dia ni?”

Payah juga nak yakinkan dia aku potong stail ‘boneless chicken.’

Puzzle not dead

Tempohari aku beli puzzle demi menyemai semangat tidak mengenal putus asa. Aku yakin dengan mencantum puzzle boleh mendidik jiwa aku menjadi lebih kental.

Memang aku beli untuk memenuhi senggang waktu yang teramat banyak di waktu PKP ini. 1000 keping, berukuran 58cm x 38cm.

Bangun pagi main puzzle.

Lepas makan sambung.

Habis mandi tibai main puzzle lagi.

Penat bongkok, tegakkan badan. Lenguh duduk aku baring. Pendek kata memang puzzle puzzle puzzle!

Akhirnya selepas 5 hari, siap!