Di hadapan pari bakar

Tadi kawan aku tanya,

“Berapa umur ko Caki?”

“29,” aku jawab sambil suap ikan pari dalam mulut.

Dia terkejut, “Kau toksah nak menipu la.”

Sekarang aku pula terkejut. Aku bukan pendusta, aku tak pernah menipu.

“Mengapa kau kata begitu? Aku tidak membohongimu.” aku balas.

Kemudian rakan lain menyampuk, “Betul la, dia ni dah tua.”

Dia mengerutkan dahi.

“Tak nampak macam 29.”

“Habis macam umur berapa?” aku tanya.

“23, 24. Macam budak practical yang berhenti haritu.” dia balas.

 

Aku rasa terpanggil untuk kongsi rahsia kekal muda di sini.

Seorang pemuda di gigi air

Coca-cola yang diletakkan di atas meja kecil itu dicapai, kemudian dicicip. Aduh, begitu keras rasanya. Tidak banyak pilihan yang ada di tepi pantai waktu itu, hanya Coca-cola paling sesuai dengan tekaknya.

Pemuda itu kemudian mengambil kotak rokok di atas meja. Dikeluarkan sebatang rokok dengan perlahan, dan puntung rokok dinyalakan dengan pemetik api.

Huuuuusssss, si pemuda menyedut asap tembakau yang kemudian memenuhi rongga peparunya. Ditahan sebentar, kemudian dia mendongak dan melepaskan asap rokok ke udara. Ke arah bintang-bintang.

Seperti malam-malam sebelumnya, suasana di tepi pantai Koh Phi Phi dipenuhi kebisingan yang berasal dari pembesar suara. Muzik yang datang dari deretan beach bar bercampurbaur dari Bob Marley hinggalah ke Alexandra Stan, semuanya bersilih ganti menembusi gegendang telinganya.

Dicampakkan pandangan kepada keramaian yang sedang berpesta bermain api. Ada yang menyembur api menggunakan mulut, ada yang membakar tali kemudian melompat-lompat, ada juga yang melontarkan besi berapi ke udara dan disambut semula. Di dalam hati dia berharap besi berapi yang dicampak itu jatuh dan mencucuk mata si pembaling. Pasti seronok. Di antara adegan di tepi pantai pada malam itu, yang paling menarik perhatiannya pastilah apabila kad yang bertulis “Free bucket of beers, if you naked” diangkat oleh pekerja bar.

Pemandangan yang ternaik, jika bukan lelaki yang melakukannya.

 

Kemudian si pemuda membelek telefonnya kerana ada satu notifikasi yang masuk.

“Oi Zharif, kasi la satu gambar awek tengah bogel.” mesej dari temannya bernama Amir.

Ditunjukkan isi kandungan mesej itu kepada rakan di tepinya. Mereka berdua kemudian ketawa.

“Padan muka tak dapat cuti. Duduklah ko dekat bilik server jaga e-mail” dibalas mesej kepada Amir.

Kemudian si pemuda dan rakan menyambung malam mereka yang larut digigit keriuhan muzik, diselang-seli dengan perbualan tentang hidup dan masa hadapan.

Taru Menyan, kuburan tengkorak di sisi danau

Terletak di tepi Danau Batur yang sinonim dengan  Bali, Desa Trunyan ialah sebuah desa yang masih mengekalkan adat dan budaya sejak ratusan tahun dahulu. Pohon Taru Menyan yang tumbuh di perkuburan ini dikhabarkan sangat harum baunya dan keramat di kalangan warga Bali. Untuk ke kuburan ini, hanya ada satu cara, menaiki perahu dari Desa Trunyan. Apabila tiba di desa, daftar nama, bayar ‘tambang’ perahu dan kemudian nama pendayung sampan yang membawa anda akan dipanggil. Pendayung akan membawa anda ke kuburan yang terletak kira-kira 200-300 meter dari Desa Trunyan.

Di desa ini, penduduk yang mati tidak ditanam. Mayat hanya diletakkan di sisi pokok dan dibiarkan sehinggalah tengkorak dialihkan untuk memberi ruang kepada mayat baru. Ada 11 ancak saji (penutup mayat) dan mayat yang paling lama akan dialihkan untuk diganti dengan mayat baru. Namun kuburan ini hanyalah untuk mereka yang mati secara normal. Matinya semulajadi dan bukan kerana kemalangan. Wanita juga tidak boleh mengikut ketika mayat dihantar ke kuburan ini.

Di perkuburan ini sudah pasti mistiknya dapat dirasakan. Apalagi pohon Taru Menyan begitu gah dan berjuntaian dengan akar kayu, memang menaikkan bulu roma. Jika berkunjung ketika senja atau malam hari, hmmmmm elok jangan buat.

Ketika ke sana, pemandu arah bercerita bahawa beberapa tahun dahulu ada pengunjung (bule / mat saleh) cuba menyeludup keluar sebiji tengkorak. Entah bagaimana dia dapat mengambil satu tengkorak dan meletakkannya di dalam beg tanpa pengetahuan penjaga di situ. Di dalam perjalanan pulang, perahu yang dinaiki tidak boleh rapat ke pinggir desa kerana cuaca yang tidak tenang dan ribut. Kemudian barulah dia mengaku kepada pendayung sampan, dan berpatah balik memulangkan tengkorak tersebut.

Untuk ke sini, anda harus bersedia untuk mengeluarkan rupiah yang agak besar. Supir, penunjuk arah (yang menunggu di jalan sebelum sampai ke Desa Trunyan), pendayung sampan dan derma (seikhlas hati) ketika tiba di kuburan. Kendatipun begitu, melihat dan merasai suasana perkuburan Bali asli yang sudah berdiri selama ratusan tahun semestinya menjanjikan pengalaman yang berbeza.

Semasa kami di sana, mayat yang paling baru… hanya berusia satu minggu. Walaupun wajahnya sudah mereput dan berwarna hitam, namun langsung tidak berbau.



  

Dipeluk kabus Kelimutu

Dua jam dari hotel di Ende, kami tiba di tempat letak kereta Gunung Kelimutu. Aku tengok jam, 6 pagi.

“Daftar dahulu, baru langsung ke atas.” kata supir kami. Raymond namanya.

“Berapa lama mahu ke atas?” tanya Vovin.

“Tidak lama, kira-kira setengah jam sahaja.” jawab Raymond.

Selepas 30 minit mendaki, kami akhirnya tiba di puncak. Sudah ada ramai orang di situ. Dikelilingi kabus tebal, tidak ada satu kawah pun yang jelas kelihatan. Mungkin kerana hujan yang turun pada malam hari membuatkan kabus tebal pagi itu.  Selepas sejam setengah, semuanya beransur pulang dan hanya tinggal 3 orang pengunjung yang masih menunggu. Aku, Vovin dan sorang brader dari Medan.

Sementara menunggu, kami bertukar-tukar cerita. Dia bercerita bagaimana beliau menaiki motorsikal dari Manggarai Barat menuju Kelimutu, berhenti sedikit-sedikit di jalanan kerana capek. Dia juga menjemput kami ke Danau Toba, di daerah tempat asalnya. Selain kami, ada lagi 3 penjual yang menunggu di situ. Berselimut menggunakan kain tradisional tenunan Flores, menjual kopi dan mee segera kepada pengunjung yang hadir.

Selama 3 jam aku tunggu, 2 mee segera, dan 2 kopi aku bedal. Barulah aku tahu, mee segera paling sedap dimakan masa tunggu kabus hilang, disulam pula dengan kopi panas.

Jam 9 pagi, kabus mulai hilang dan danau Kelimutu menampakkan wajahnya.

“Magis sekali,” kata brader dari Medan.

“…memang magis.” dia sambung.

kelimutu1

danaukelimutu

kelimutu2

IMAG1205

kelimutu4

kelimutu3

IMAG1229

Tahniah JDT

Tahniah buat JDT kerana memenangi perlawanan penting semalam. Akhirnya Harimau Selatan yang pernah merayau di wilayah selatan semenanjung mengaum kembali, walaupun dalam jasad yang lain.

Kejuaraan ini meletakkan nama Johor gah di persada Asia dan sekaligus menguatkan teori dan pendapat bahawa pisang goreng cicah sambal kicap betul-betul berkhasiat dan membekalkan mineral yang mencukupi untuk para pemain bola.

Kaya dengan vitamin dan mineral.

Mabul – Khazanah yang tiada ternilai

Dalam kesibukan bekerja, kami sempat lari ke syurga dunia yang jauh dari hiruk pikuk kota, jauh dari GST dan tol, jauh dari segala bau asap dan pencemaran yang membuat bumi semakin nazak dan jauh dari penjajahan kapitalis yang semakin menjadi-jadi. Kami ke satu destinasi yang pasti. Pasti rugi kalau ko tak pergi – Pulau Mabul.

Ye Mabul. Perkampungan nelayan seluas hampir 20 hektar ini telah dibangunkan menjadi tempat pelancongan bertaraf dunia sejak tahun 90-an lagi. Pulau ini tempat paling sesuai untuk mereka yang ingin melupakan seketika hal pejabat, hal makwe yang sering berbicara soal bluetick ataupun mereka yang masih mencari hala tuju hidup di dunia ini.

Pulau Mabul terkenal dengan keindahan lautnya yang………………………………………………Malas pulak aku nak cerita banyak-banyak, ko bukan nak baca pun. Jadi, ko layan je la video power ni hasil suntingan Zul Bali dan lakonan mantap dari aku, Zharif, Zuhir dan Zul Bali sendiri. (Awek bertudung dalam video ni adalah wife Zuhir)

Bye

Menuju Atas Bayu

Kami tiba di Negeri di Bawah Bayu kira-kira jam 10 pagi. Ketika itu redup-redup tenang, cuaca yang sedap dibuat joging untuk mereka yang ingin kurus. Seperti dijanjikan, Azmil menyambut ketibaan kami di lapangan terbang.

“Bah!” kata dia.

“Bah.” aku balas.

Dia mengangguk faham dan kami menuju ke van.

Kemudian kami langsung ke Kinabalu Park untuk pendaftaran dan mengambil tag pendaki.

“Kita ada masa dua jam sebelum ke Mesilau Nature Resort. Mahu jalan-jalan dulu?” tanya Azmil.

“Ke mana bagus?”

“Kundasang Dairy Farm. Tengok lembu, makan aiskrim.” kata dia.

“Bah!”

 

 

di Kundasang

Cuaca yang sedap bergambor.

 

Permulaan

Semuanya bermula bila Air Asia buat promo dan aku fikir, “Why not? Life is short. Let’s travel.”

Orait, sebenarnya aku tak fikir macam tu, aku cuma tertarik dengan kos penerbangan yang murah. RM150 pergi balik Bali. Murah, berpatutan dan terima kasih Tony Fernandes.

Aku ajak Amir. Amir setuju dan ajak abang dia, Bangah.

Dipendekkan cerita, akhirnya aku terbang dan tiba di Pulau Seribu Pura.

Kopi dulu mas?Ya, di sinilah aku belajar buat kopi.